I've been tagged by
Mooke to write the next posting for the '50 Posts to Independence' project initiated by
Nizam Bashir. Even though I usually blog in English, I thought if I couldn't express myself in my own mother tongue, what are the chances of the Bahasa Kebangsaan? The words below may sound awkward and downright RTM-esque, but hey at least I'm honest okay. The important thing is, at least I got my points out. This is post no. 27:
*******************************************
Saya Masih Mencari Erti Merdeka
Nama saya Stone (bukan nama sebenar).
Saya dilahirkan ketika Tun Hussein Onn berada di penghujung zaman pimpinannya. Saya tidak ingat ketika zaman itu. Dari kecil, saya hanya tahu Perdana Menteri kita adalah Dr. Mahathir (kini Tun).
Saya adalah produk Dasar Ekonomi Baru yang sudah berjalan selama 10 tahun ketika saya dilahirkan. Saya boleh dikatakan seorang contoh tipikal orang Melayu generasi saya. Ibu bapa saya keduanya berkhidmat untuk Kerajaan. Saya membesar di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya menuntut di universiti tempatan. Saya sendiri berkhidmat di sektor awam. Kalau diikutkan, Kerajaan Malaysia memainkan peranan yang besar dalam proses pembesaran saya.
Dengan itu, saya berterima kasih dengan apa yang saya kecapi sebagai rakyat di negara ini. Malang sekali, perkara yang sama tidak boleh dikatakan bagi sesetengah golongan di sini. Saya akui, terdapat rakyat Malaysia yang tertinggal atau terpinggir dengan arus pembangunan negara. Orang pun selalu bertanya, apakah ini namanya merdeka?
Dalam kita memperkatakan tentang Merdeka, kita selalu merujuk kepada sejarah. Saya suka sejarah. Banyak perkara yang kita boleh pelajari daripadanya. Tetapi saya bukan pakar sejarah. Saya hanya tahu apa yang telah disuapkan kepada saya di sekolah sejak kecil lagi.
Sejarah telah memperihalkan banyak perkara kepada kita. Terpulanglah kepada kitab mana yang anda telah mentelaah, pokoknya lebih kurang sama: Negara ini terbentuk hasil daripada persefahaman dan tolak-ansur rakyat di negara ini. Setiap lapisan dan golongan masyarakat telah membuat pengorbanan mereka sendiri dalam menjayakan misi merdeka. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi bagi saya mana mungkin pihak British melepaskan Tanah Melayu jika penduduknya ketika itu tidak menampilkan satu barisan yang bersatu. (
united front)
Dan apabila tibanya hari kemerdekaan, sesetengah orang bertanya, "Adakah negaraku ini benar-benar merdeka?" Mereka mempersoalkan tentang polisi dan dasar yang telah terbentuk selama berpuluh-puluh tahun ini. Mereka menuding jari ke arah 'mereka' dan 'konco-konco mereka'. Mereka menyoal kenapa ini? Kenapa itu?
Sebenarnya dengan timbulnya persoalan-persoalan seperti di atas, menunjukkan rakyat kini peka dan prihatin terhadap negara mereka. Ini menunjukkan masyarakat semakin matang dan bijak dalam menentukan arah negara ini. Tamat sudah zaman di mana rakyat hanya tahu duduk dan terima sahaja apa yang dilemparkan terhadap mereka. Ini adalah satu tanda sihat bagi negara seperti Malaysia ini.
Tujuan saya di sini pun bukan untuk mempersoalkan kemerdekaan negara ini. Saya rasa sudah cukup orang menyatakan tentang perkara tersebut. Bagi saya, tanggal 31 Ogos 1957 sudah tercatat dalam sejarah. Mungkin soalan yang patut kita tanya adalah, "Apakah erti kemerdekaan kepada
negara ini?" Saya tekankan kepada terma 'negara ini' kerana mungkin sudah tiba waktunya kita berhenti bertanya erti kemerdekaan kepada diri kita sendiri dan menyoal ertinya kepada Malaysia.
Kerana apa? Kerana negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang berlainan fahaman dan struktur budayanya. Kerana mungkin kita rasakan kita sudah cukup matang untuk mengecapi kemerdekaan sebenar. Kerana mungkin 'kemerdekaan' yang kita inginkan adalah untuk pengisian perut dan poket kita sendiri. Kerana tentunya konsep Malaysia itu lebih besar dari saya ataupun diri anda sendiri.
Mungkin ada orang akan mengatakan persepsi saya sempit dan kolot. Ya lah, pandangan saya mungkin dari satu sudut yang tertentu hasil dari pengaruh dan sekitaran pembesaran saya. Tetapi apa bezanya anda? Sukar untuk kita definasikan 'orang Malaysia' sebenar yang betul-betul memafami isi hati setiap orang yang membentuk negara kita ini. Memetik dialog dari teater Second Link yang dipentaskan tahun lepas,
"The true Malaysian is a lonely person."Saya bukan John F. Kennedy untuk berkata, "Usah tanya sumbangan negara kepada diri kita tetapi tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara?" Dalam konteks yang berkaitan kita tanya pula kepada diri, "Apakah erti kemerdekaan kepada Malaysia?"
Bukan ertinya kepada Ali, Ah Chong atau Muthu. Ataupun Abdullah, Nik Aziz atau Anwar. Ataupun Ong, Lim atau Jeff. Bukan juga kepada Samy atau Subra.
Bukan.
Siapalah saya untuk menjawab pertanyaan itu.
Bagi saya, jika anda benar-benar ikhlas bertanya, anda pasti tahu jawapannya.
Mungkin setelah 50 tahun kita merdeka, sudah tiba masanya kita merenung dan mencari jawapannya yang sebenar.
***************************************
For the next post, I'm tagging
Aisehman. He's been around long enough to convince me he's
boleh pakai. And I'm curious to know what he has to say as well. You got till 2nd March, man.
o this message was brought to you by The Narrator @
12:32 PM
o o o o o o o o o o o o o o o o
Thursday, February 01, 2007
Broken
It's been a tough week for me.
Really tough.
For the first time in my life, I feel almost hopeless. It came like a lightning bolt from out of a clear blue sky. Unexpected, fast and downright destructive.
It makes you look back at all the things you've done and wonder if it's really real. What is all just a show? A Broadway hit for the masses? It was just all that. Nothing but a bloody performance.
It made me realized that I'm just another fragile human being. I thought I was tough.
I was wrong.
One minute you feel like you're on top of the world and next minute you're crashing down hard on the ground. I usually like surprises. Not this.
At times like these, I always turn to the Almighty. It's sad really that we seek divine help only at times of misery. Maybe this is my wake-up call. Maybe there are other plans for me. For whatever reason it is, I hope Allah will give me the strength to go on for I am just a weakened soul.
For all my thoughts of saving the world, this time I hope the world comes and saves me.
o this message was brought to you by The Narrator @
3:04 PM
o o o o o o o o o o o o o o o o