Mind Blowing

Thoughts and other crap on people, life and maybe footie...
My Haiku:
I wrote this haiku
with the hope that just maybe.
It blows you away.

Introduction:
The name is irrelevant.
The person is male.
The age is older.
The stories are true.
This blog is mine.

Stuff to surf:
o Rage against the machine
o This Modern World
o Footie
o Toon Army
o Kaki Seni
o Alanis Morrisette
o Makcik Oprah
o Anything 80s
o Michael Moore
o AlterNet
o Wiretap
o Bernama
o Internet Movie DB
o Project Petaling Street

Blogs to read:
o Kai
o Pon
o Nona
o Afti
o Sue
o Naddywoman
o Poe
o Borro
o Kuman
o Chit Chat Bola
o Maverix
o The Datin Diaries
o Kengster
o Chics
o AG
o Nik
o Nadia
o Affy
o Mooke
o Idlan
o Dhilia
o Shapeng
o Ninie

Contact:
o Send me stuff

Archives:

o December 2003
o January 2004
o February 2004
o March 2004
o April 2004
o May 2004
o June 2004
o July 2004
o August 2004
o September 2004
o October 2004
o November 2004
o December 2004
o January 2005
o February 2005
o March 2005
o April 2005
o May 2005
o June 2005
o July 2005
o August 2005
o September 2005
o October 2005
o November 2005
o December 2005
o January 2006
o February 2006
o March 2006
o April 2006
o May 2006
o July 2006
o August 2006
o September 2006
o October 2006
o November 2006
o December 2006
o January 2007
o February 2007
o March 2007
o April 2007
o May 2007
o June 2007
o July 2007
o August 2007
o September 2007
o October 2007
o November 2007
o December 2007
o January 2008
o March 2008
o April 2008
o May 2008
Credits:
o francey design
o blogger

Free Hit Counter
DVD Clubs

Friday, February 23, 2007

50 Posts to Independence - Saya Masih Mencari Erti Merdeka

I've been tagged by Mooke to write the next posting for the '50 Posts to Independence' project initiated by Nizam Bashir. Even though I usually blog in English, I thought if I couldn't express myself in my own mother tongue, what are the chances of the Bahasa Kebangsaan? The words below may sound awkward and downright RTM-esque, but hey at least I'm honest okay. The important thing is, at least I got my points out. This is post no. 27:

*******************************************
Saya Masih Mencari Erti Merdeka


Nama saya Stone (bukan nama sebenar).

Saya dilahirkan ketika Tun Hussein Onn berada di penghujung zaman pimpinannya. Saya tidak ingat ketika zaman itu. Dari kecil, saya hanya tahu Perdana Menteri kita adalah Dr. Mahathir (kini Tun).

Saya adalah produk Dasar Ekonomi Baru yang sudah berjalan selama 10 tahun ketika saya dilahirkan. Saya boleh dikatakan seorang contoh tipikal orang Melayu generasi saya. Ibu bapa saya keduanya berkhidmat untuk Kerajaan. Saya membesar di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya menuntut di universiti tempatan. Saya sendiri berkhidmat di sektor awam. Kalau diikutkan, Kerajaan Malaysia memainkan peranan yang besar dalam proses pembesaran saya.

Dengan itu, saya berterima kasih dengan apa yang saya kecapi sebagai rakyat di negara ini. Malang sekali, perkara yang sama tidak boleh dikatakan bagi sesetengah golongan di sini. Saya akui, terdapat rakyat Malaysia yang tertinggal atau terpinggir dengan arus pembangunan negara. Orang pun selalu bertanya, apakah ini namanya merdeka?

Dalam kita memperkatakan tentang Merdeka, kita selalu merujuk kepada sejarah. Saya suka sejarah. Banyak perkara yang kita boleh pelajari daripadanya. Tetapi saya bukan pakar sejarah. Saya hanya tahu apa yang telah disuapkan kepada saya di sekolah sejak kecil lagi.

Sejarah telah memperihalkan banyak perkara kepada kita. Terpulanglah kepada kitab mana yang anda telah mentelaah, pokoknya lebih kurang sama: Negara ini terbentuk hasil daripada persefahaman dan tolak-ansur rakyat di negara ini. Setiap lapisan dan golongan masyarakat telah membuat pengorbanan mereka sendiri dalam menjayakan misi merdeka. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi bagi saya mana mungkin pihak British melepaskan Tanah Melayu jika penduduknya ketika itu tidak menampilkan satu barisan yang bersatu. (united front)

Dan apabila tibanya hari kemerdekaan, sesetengah orang bertanya, "Adakah negaraku ini benar-benar merdeka?" Mereka mempersoalkan tentang polisi dan dasar yang telah terbentuk selama berpuluh-puluh tahun ini. Mereka menuding jari ke arah 'mereka' dan 'konco-konco mereka'. Mereka menyoal kenapa ini? Kenapa itu?

Sebenarnya dengan timbulnya persoalan-persoalan seperti di atas, menunjukkan rakyat kini peka dan prihatin terhadap negara mereka. Ini menunjukkan masyarakat semakin matang dan bijak dalam menentukan arah negara ini. Tamat sudah zaman di mana rakyat hanya tahu duduk dan terima sahaja apa yang dilemparkan terhadap mereka. Ini adalah satu tanda sihat bagi negara seperti Malaysia ini.

Tujuan saya di sini pun bukan untuk mempersoalkan kemerdekaan negara ini. Saya rasa sudah cukup orang menyatakan tentang perkara tersebut. Bagi saya, tanggal 31 Ogos 1957 sudah tercatat dalam sejarah. Mungkin soalan yang patut kita tanya adalah, "Apakah erti kemerdekaan kepada negara ini?" Saya tekankan kepada terma 'negara ini' kerana mungkin sudah tiba waktunya kita berhenti bertanya erti kemerdekaan kepada diri kita sendiri dan menyoal ertinya kepada Malaysia.

Kerana apa? Kerana negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang berlainan fahaman dan struktur budayanya. Kerana mungkin kita rasakan kita sudah cukup matang untuk mengecapi kemerdekaan sebenar. Kerana mungkin 'kemerdekaan' yang kita inginkan adalah untuk pengisian perut dan poket kita sendiri. Kerana tentunya konsep Malaysia itu lebih besar dari saya ataupun diri anda sendiri.

Mungkin ada orang akan mengatakan persepsi saya sempit dan kolot. Ya lah, pandangan saya mungkin dari satu sudut yang tertentu hasil dari pengaruh dan sekitaran pembesaran saya. Tetapi apa bezanya anda? Sukar untuk kita definasikan 'orang Malaysia' sebenar yang betul-betul memafami isi hati setiap orang yang membentuk negara kita ini. Memetik dialog dari teater Second Link yang dipentaskan tahun lepas, "The true Malaysian is a lonely person."

Saya bukan John F. Kennedy untuk berkata, "Usah tanya sumbangan negara kepada diri kita tetapi tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara?" Dalam konteks yang berkaitan kita tanya pula kepada diri, "Apakah erti kemerdekaan kepada Malaysia?"

Bukan ertinya kepada Ali, Ah Chong atau Muthu. Ataupun Abdullah, Nik Aziz atau Anwar. Ataupun Ong, Lim atau Jeff. Bukan juga kepada Samy atau Subra.

Bukan.

Siapalah saya untuk menjawab pertanyaan itu.

Bagi saya, jika anda benar-benar ikhlas bertanya, anda pasti tahu jawapannya.

Mungkin setelah 50 tahun kita merdeka, sudah tiba masanya kita merenung dan mencari jawapannya yang sebenar.

***************************************

For the next post, I'm tagging Aisehman. He's been around long enough to convince me he's boleh pakai. And I'm curious to know what he has to say as well. You got till 2nd March, man.


o o o o o o o o o o o o o o o o