Malam tadi aku termimpi arwah Tok Chik aku. Dah lama rasanya aku tak terkenangkan dia. Jadi selalunya bila aku mimpi dia, aku suka percaya yang itu tanda dia nak ingatkan aku. Karut, kan?
Apa-apa lah.
Hari Raya pun dah dekat. Semua orang sibuk sana sini buat persiapan. Keluarga aku pun tak ketinggalan juga. Mama dengan langsir-langsirnya. Papa dengan rak bukunya yang baru. Aku? Aku macam tu lah.
Aku takde lah sibuk sangat buat persiapan, cuma sehari-sehari aku nak kemaskan bilik aku yang macam sarang tikus tu. Mama pun dah bising. Aku rasa aku kemaskan hujung minggu ni lah, aku janji kat diri aku.
Lagipun aku baru beli rak simpan baju yang baru. Kecik je. Tak pasang-pasang lagi. Itupun aku ingat nak pasang hujung minggu ni. Banyak betul aku kena buat hujung minggu ni yek.
Orang selalu cakap, bila
time-time Raya ni kita jadi sentimental. Banyak teringat kat zaman dulu dan orang-orang yang sudah meninggalkan kita. Betul jugak tu. Aku teringat kalau Raya kat rumah Tok Chik dulu memang seronok. Semua orang dari KL balik rumah Tok Chik kat Rasah tu. Sekarang rumah tu dah takde dah. Dirobohkan sebab nak buat jalan besar. Orang-orang Kolumpo pun dah jarang balik sini. Aku tak salahkan mereka. Ye lah, masing-masing ada keluarga sendiri. Siapa aje yang tinggal kat Seremban ni.
Tapi Hari Raya tetap meriah. Keluarga mak aku besar. Jadi bila Raya, kita kunjung rumah masing-masing lah. Mungkin tahun ni kurang meriah kot, sebab Bang Dan tak balik tahun ni, Mak Yah sibuk dengan cucu baru dan Mak Jay nak beraya kat Terengganu.
Takpelah. Raya tetap Raya kan?
Tahun ni pun kali pertama keluarga kitorang sambut Hari Raya dengan ahli baru. Bang Fariz dan EE sambut Hari Raya kat Seremban tahun ni. Elok jugak EE raya kat sini. Sejak dia duduk kat Perlis ni, kengkadang tu sunyi jugak rumah. Kalau aku tak cakap dengan Mama, aku cakap dengan Papa. Kalau tak, aku cakap dengan kucing. Nasib baik kucing ada.
Tapi aku perasan tahun ni persiapan Raya aku tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Mungkin itu tanda aku dah semakin matang. Mungkin tidak. Aku masih suka tengok lawak-lawak Jackass lagi.
Entah lah.
Tahun ni aku tak beriya sangat kot berbanding sebelum ni. Lagu Raya aku main sekali dua je tahun ni. Selalunya, kalau minggu akhir sebelum Raya tu bergasak aku main koleksi MP3 Raya aku 24-7. Stesen radio pun aku tukar jugak. Aku rasa korang boleh agak stesen apa nak dengar kalau nak dengar lagu-lagu Melayu ni.
Sebenarnya bukan niat aku nak cerita persiapan Hari Raya aku tahun ni. Bagi aku, semua orang sambut dengan cara mereka sendiri. Sebab tu aku menyampah bila ada orang berkata, "Lahhh..kau raya macam tu je? Kitorang kalau Raya ni memang meriah gile."
Suka hati aku lah nak beraya macam mana pun. Aku nak menghabiskan Raya aku terperap depan TV mengadap rancangan Hari Raya Bersama Mawi sepanjang hari pun apa kau kisah. Janji aku
happy.
Tapi di hari baik bulan baik ini, malas aku nak kutuk orang lebih-lebih. Aku pun banyak kekurangannya. Bagi aku lah, aku suka Hari Raya sebab masa tu kita teringat kat keluarga dan rakan-rakan rapat kita. Hari Raya untuk aku adalah tentang keluarga. Setakat ni aku belum gagal menghabiskan masa Hari Raya aku bersama keluarga. Aku harap keadaan itu tidak akan berubah. Aku ni sentimental sikit. Susah lah nak bayangkan aku berhari raya di tempat orang. Harap-harap tak payah sampai bila-bila.
Lagipun Hari Raya ni banyak memberi gambaran tentang diri kita sebenar. Sebab tu orang suka bermaaf-maafan di Hari Raya. Walaupun meminta maaf tak perlu tunggu raya, bagi aku ia memberi satu alasan untuk kita berbaik semula dengan orang. Kawan-kawan lama, keluarga yang dah lama tak jumpa, jiran tetangga kita. Bila lagi kita boleh berkunjung ke rumah orang tanpa sebarang sebab yang kukuh?
Maaf lah kalau aku celoteh panjang sikit ari ni. Ye lahh...hari raya pun sekali setahun ye tak. Aku nak minta maaf banyak-banyak kepada semua yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. Kengkadang aku tau bahasa aku kasar sikit. Biasalah orang Negeri Sembilan memang camtu. Tapi aku tak berniat jahat.
Aku pun nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Jaga diri di musim perayaan ni. Semoga kita berjumpa lagi Ramadhan akan datang. InsyaAllah.
o this message was brought to you by The Narrator @
3:23 PM
o o o o o o o o o o o o o o o o