Entah macam mana hari Ahad lalu, sementara menunggu perlawanan Piala Sumbangsih Inggeris antara Liverpool dan Chelsea, aku telah menukar-nukar siaran TV di Astro ku yang amat aku sayangi. Tiba di Saluran 4 iaitu 'the great' Astro Ria di mana siaran langsung Festival Filem Malaysia (FFM) sedang rancak dijalankan. Aku menggelar Astro Ria 'great' kerana telah banyak menghasilkan rancangan-rancangan bermutu seperti Akademi Fantasia, Roda Impian dan oh, tak lupa juga Chit Chat bersama Azwan Ali.
Tahun ini FFM disiarkan secara langsung di Astro. Sebelum ini, aku rasa pernah kot di RTM tetapi siapa pula yang tengok RTM kecuali suri rumah-suri rumah, ye tak? Aku menonton dengan harapan ia seakan Academy Awards yang aku sembah saban tahun itu. Malang sekali, terasa bodoh pulak aku meletak satu 'benchmark' yang begitu tinggi. Apalah yang aku fikir. Aku lupa aku berada di Malaysia yang tentunya jauh ke belakang berbanding mereka di Tinsletown itu.
Sebagai seorang pemerhati yang langsung tidak tahu menahu tentang selok belok industri filem tempatan, aku dengan mudahnya boleh membuat andaian bahawa majlis penganugerahan pada malam itu melambangkan keadaan sebenar industri filem di Malaysia: Lesu, hambar dan tiada idea.
Dan mengapa tidak? Aku sebenarnya rasa pelik kerana majlis anugerah biasanya adalah tentang ucapan rakaman terima kasih. Tetapi yang aku tengok, anugerah-anugerah utama sahaja yang ada ucapan. Yang lain tu, terima dan
blah. Apehal?? Kalau ko kedekut sangat dengan waktu penyiaran, baik ko toksah kasi anugerah pada malam itu terus. Senang cerita. Ko pos sahajalah kepada pemenang. Jimat jugak duit penganjur nanti.
Aku pun tengok, '
montage' yang digunakan idea nya baik. Seakan-akan MTV Awards begitu. Bezanya ialah langsung haram tak kelakar. Aku tengok member aku buat '
montage' masa kursus aritu lagi berlipat kali ganda senak perut aku. Bahalol mana ko upah buat menatang jadah tu? Benda-benda camni selalunya aku tau RTM punya kerja. Bukan Astro. Buat malu syarikat je.
Satu lagi aku tengok minah Sharifah Amani tu. Aku dulu minat gile kat dia ni. Dulu lah. Sebelum malam Ahad lepas. Aku tengok malam tu dia berpasangan dengan Mawi kasi anugerah kat orang. Aku tengok gaya dan pertuturannya, seakan-akan memperlekehkan Mawi. Aku tau lah Mawi tu datang dari kampung Felda ceruk mana tah. Tapi ko jangan lah cakap macam dia mamat baru turun dari bas kampung kat Puduraya tu. Aku bukanlah peminat Mawi pun. Tapi ada la sikit hormat kat orang. Ko tu siapa? Lahir kat London ke? Muka Melayu batak jugak. Aku muka Jepun ni pun sedar aku siapa.
Tapi yang betul '
takes the cake' adalah apabila RTM interview dia backstage. Dia cakap (sambil tersesak-esak), "Saya memang marah sangat kalau tak menang anugerah ni. Saya dah berusaha keras untuk filem ini" Lebih kurang gitu lah ayat dia. Kalo ko nak ayat sebenarnya, ko talipon lah RTM mintak transcript.
Bila aku dengar ucapan ni, lagilah aku hangin. Pedulik hapa ko usaha keras ke tak. Ko ingat yang lain tu goyang kaki ke buat filem?
Humble sikit boleh tak? Itu menunjukkan watak kita sebenar. Kalo ko tak menang, nasib kau lah. Ko nak marah buat apa? Kau kurang sikit je dari cakap, "Saya memang layak menang sebab yang lain tu filem diorang takde kualiti. Lagipun diorang tak berusaha keras macam saya." Untuk itu, aku takde perkataan Melayu untuk menyatakan ini :
Fuck you.Aku sebenarnya tak kisah ko nak buat ucapan terima kasih dalam bahasa Inggeris ke, Urdu ke, Jawa ke. Lantak kau lah. Tapi
attitude kena lah jaga. Tengok macam mentor ko tu, Yasmin Ahmad. Ok je. Afdlin yang selalu berlagak tu pun boleh cakap dengan
humble. That's what we call character.
Aku pun kesian tengok hos-hos pada malam itu (AC Mizal & Linda Onn) yang cuba menyelamatkan majlis itu dengan membuat lawak-lawak yang aku boleh juga terima. Malangnya, mungkin disebabkan penonton yang begitu kaku dan keras berserta suasana majlis yang memang membosankan, usaha murni mereka ini menemui kegagalan. Lebih malang lagi apabila kelihatan seperti mereka ini syok sendiri.
Tapi aku tak salahkan mereka. Ye lah...kita kan di Malaysia. Apa lagi yang kita boleh harapkan? Kalau kualiti filem pun
mediocre mungkin tak memeranjatkan lah jika Festival Filem nya pun sama.
Takpelah.
Nasib baik bola dah
start masa tu.
o this message was brought to you by The Narrator @
6:11 PM
o o o o o o o o o o o o o o o o