Mind Blowing

Thoughts and other crap on people, life and maybe footie...
My Haiku:
I wrote this haiku
with the hope that just maybe.
It blows you away.

Introduction:
The name is irrelevant.
The person is male.
The age is older.
The stories are true.
This blog is mine.

Stuff to surf:
o Rage against the machine
o This Modern World
o Footie
o Toon Army
o Kaki Seni
o Alanis Morrisette
o Makcik Oprah
o Anything 80s
o Michael Moore
o AlterNet
o Wiretap
o Bernama
o Internet Movie DB
o Project Petaling Street

Blogs to read:
o Kai
o Pon
o Nona
o Afti
o Sue
o Naddywoman
o Poe
o Borro
o Kuman
o Chit Chat Bola
o Maverix
o The Datin Diaries
o Kengster
o Chics
o AG
o Nik
o Nadia
o Affy
o Mooke
o Idlan
o Dhilia
o Shapeng
o Ninie

Contact:
o Send me stuff

Archives:

o December 2003
o January 2004
o February 2004
o March 2004
o April 2004
o May 2004
o June 2004
o July 2004
o August 2004
o September 2004
o October 2004
o November 2004
o December 2004
o January 2005
o February 2005
o March 2005
o April 2005
o May 2005
o June 2005
o July 2005
o August 2005
o September 2005
o October 2005
o November 2005
o December 2005
o January 2006
o February 2006
o March 2006
o April 2006
o May 2006
o July 2006
o August 2006
o September 2006
o October 2006
o November 2006
o December 2006
o January 2007
o February 2007
o March 2007
o April 2007
o May 2007
o June 2007
o July 2007
o August 2007
o September 2007
o October 2007
o November 2007
o December 2007
o January 2008
o March 2008
o April 2008
o May 2008
Credits:
o francey design
o blogger

Free Hit Counter
DVD Clubs

Thursday, July 28, 2005

You Are What You Read?

Saudara Stone,

Saya berasa sedikit tersinggung apabila membaca artikel ini di dalam NST. Saya sebagai anak Melayu tulen tidak memahami apa salahnya membaca tentang hantu jembalang. Yang penting ia tidak bertentangan dengan aqidah saya dan saya membacanya sebagai hiburan. OK lah, mungkin saya tidak membesar di kota di mana watak-watak seperti Superman dan Spiderman bermain dalam imaginasi anak-anak kecil. Yang saya ada hanyalah cerita-cerita dari Opah saya tentang Hantu T*tek yang akan datang dan menyorokkan kanak-kanak yang masih bermain selepas waktu Maghrib. Di samping itu, kami juga dilarang bermain di semak belakang rumah kerana ada penunggu di situ.
Sebenarnya saya memang gemar membaca dan mengambil tahu tentang perkara-perkara misteri ini. Disebabkan orang-orang macam sayalah, rancangan seperti Misteri Nusantara dan pengedar VCD Entiti boleh cari makan. Di samping itu juga, boleh la tolong orang Melayu berniaga. Masakan tidak majalah-majalah seperti Variasari, Variapop dan entah apa lagi Varia boleh laku di pasaran. Bukannya apa, saya seronok apabila mengetahui orang lain terseksa di dalam kubur. Saya bukannya nak ambil pengajaran sangat pun, hanya sifat 'menyibuk' yang sedia ada dalam diri saya ini ingin mengetahui siapa yang bertukar menjadi anjing dan mayat mana yang tidak diterima bumi. Sekurang-kurangnya ada juga topik perbualan saya di Kedai Kopi Pak Mat setiap hari.
Penulis artikel itu juga mempersoalkan kenapa bahan-bahan ilmiah di dalam Bahasa Melayu tidak laku di pasaran berbanding majalah-majalah hiburan dan yang berbentuk mistik. Maafkanlah saya jika saya tidak membaca The Economist, tetapi sebagai seorang penganggur yang berkelulusan PMR apa ke jadahnya saya nak membaca Dewan Sastera. Baik saya habiskan wang penat lelah saya kerja overtime di kilang belakang rumah ni untuk membeli bahan-bahan yang menarik perhatian saya. Itupun lagi elok saya beli majalah-majalah ini daripada membeli ganja seperti kawan-kawan saya yang lain.
Sebenarnya majalah-majalah seperti Mangga dan Mastika (yang suatu ketika dahulu merupakan sebuah majalah yang dihormati) tidak banyak bezanya dengan Us Weekly ataupun the National Enquirer. Fokus kedua-duanya adalah sama, iaitu gossip hangat dan cerita-cerita sensasi. Benda ini sama di mana-mana pun.
Mungkin apa yang pihak-pihak penerbit patut fikirkan adalah bagaimana untuk menarik perhatian orang supaya membeli majalah itu. Dan bukannya menyalahkan 'trend' pembaca. Anda penah membelek Dewan Masyarakat? Kalau anda sampai ke muka surat 7 tanpa menguap, saya berikan anda sepuluh sen. Ye laaa...kalau bagus saya rasa orang mesti la beli, kan? Sebagai contoh la, si polan ni..katakanlah namanya Stone. (pinjam nama saudara) Stone tidaklah suka sangat membaca tentang siapa beranak keluar ular ataupun apa yang Jehan Miskin buat di masa lapangnya. Walaupun demikian, Stone juga tidak membeli majalah-majalah seperti Dewan Sastera, Dewan Masyarakat dan dewan-dewan yang seangkatan dengannya. Bagi Stone, baik dia beli Time, Reader's Digest atau lain-lain majalah seperti itu. Walaupun harganya mungkin mahal sedikit (tidak banyak), namun isi kandungannya memuaskan dan yang penting...MENARIK pembaca.
Adakah Stone tidak mementingkan Bahasa Melayu? Dari nama samarannya mungkin tidak, tetapi kalau bahan bacaannya menarik, apa salahnya? Semasa sekolah dahulu, Stone dibesarkan dengan kisah-kisah hebat Ji Fatt dan telatah Doraemon bersama kawan-kawannya. Semuanya dipersembahkan dalam Bahasa Melayu. Boleh saja kalau hendak dapatkan versi Bahasa Inggeris. Tetapi bak kata orang, 'kick'nya tidak sama.
Mungkin cara terbaik untuk melihat 'trend' pembacaan orang Melayu bukanlah kepada jualan majalah-majalah tempatan sahaja. Dalam kunjungan saya ke ibukota, sering kelihatan orang-orang Melayu sedang mentelaah karya-karya John Grisham, Paulo Coelho dan Stephen King. Oh ya, saya terlupa Stephen King juga suka menulis tentang hantu jembalang.
Jadi mungkin dapat disimpulkan bahawa sesetengah orang Melayu lebih gemar membaca bahan bacaan di dalam Bahasa Inggeris. Kenapa ya? Itu susah sedikit la saya nak jawab. Ye laaaa...saya kan lulusan PMR sahaja.

Mat Batu, Mambau


o o o o o o o o o o o o o o o o