Jam 3 pagi Diriku belum lena Hatiku terusik Kenapa? Adakah kekalahan Lee Chong Wei tadi? Adakah ketidakpastian kemenangan atau kekalahan Choon Hann? Adakah kerana Man U menang 3-0?
Kenapa? Tak mungkin kerana sukan Tak mungkin kerana Si Dia Tak mungkin kerana keenakan petang tadi.
Mungkin kerana runsing Mungkin kerana risau Mungkin kerana kehangatan malam.
Jam 3 pagi Aku perlu tidur. Kenapa? Esok hari Ahad Esok bukannya kerja Esok hari cuti.
Jam 3 pagi Aku perlu menaip. Kenapa? Aku bosan Aku nak buang masa Aku dah sangap.
Pada jam 3 pagi ini Yang pasti Tentunya Aku tak akan menang Sasterawan Negara.
p/s: We are sorry for the interruption. Normal programming will resume after the writer shuffles back his messed-up brain at 3 am. Thank you.
o this message was brought to you by The Narrator @ 3:06 AM