Wahhh...dah 12 haribulan dan ini posting pertama aku untuk bulan ni? Sibuk sangat ke aku ni? Ke buat-buat sibuk? Aku pun tak tahu (nada Awie dalam Mimpi Syakilla)
Dalam 12 hari yang dah berlalu ni, macam-macam hal dah jadi kat dunia ni. Itu belum kira dunia aku sendiri. Walaupun tak sehangat isu kartun ataupun isu kepala togel, namun dunia aku tak kurang sensasinya (mengikut standard aku lah). Aku dah tambah satu lagi sukan yang aku boleh main. Bagus betul la orang Intan ni. Mula-mula ajar aku berenang, sekarang nak ajar aku memanah pulak. Semalam baru
start belajar, dan walaupun hanya
lesson pertama, tapi aku sekarang dah ketagih memanah pulak. Syiok woooo. Terasa diri aku macam Robin Hood mata sepet. Aku tak sabar untuk sesi seterusnya. Ini buat aku terasa nak singgah Sunway Pyramid selalu ni.
Malam tadi pulak aku pegi tengok Going North, sebuah karya Datuk Syed Alwi yang dipentaskan di KLPAC. Cerita dia sangat menarik dan buatku terfikir dalam nada
cheapskate-ku, 'Apsal la cepat sangat habis?' Ceritanya buat aku terfikir kadang-kadang kita (aku sebenarnya) fikir aku ni bagus sangat, tapi dalam dunia ni ilmu dan kebijaksanaan tak semestinya datang dari buku atau nota-nota tebal yang kita junjung di universiti. Tapi korang pun dah memang tahu pasal tu, kan?
Aku nak cerita pasal wayang-wayang omputih yang aku tengok masa cuti Raya Cina yang lepas, tapi tak dan pulak ari tu. Banyak jugak DVD-DVD yang dah tersadai berbulan lamanya, tapi berjaya di'clear'kan time cuti ari tu. Aku syor korang tengok Lord Of War lakonan Nicholas Cage. Cerita dia sangat stylish dan memang 'cool' cara dia menceritakan tentang kehidupan seorang penjual senjata (arms dealer) dalam dunia peperangan moden. Cukup dengan lawak-lawak 'sarcastic' yang buatku terhibur sambil terbaring di hadapan TV sambil mengunyah buah pala yang EE bawak dari Penang. Aku juga terkaget dengan 2 cerita klasik iaitu One Flew Over the Cuckoo's Nest dan Dog Day Afternoon, keduanya dihasilkan di era 70-an. Aku terperanjat kerana ceritanya yang agak tidak melambangkan zaman itu, di mana Hollywood sedang berpesta dengan makhluk-makhluk asing Star Wars dan ikan-ikan jerung Spieldberg. Kedua-dua cerita di atas mempunyai kejutan masing-masing dan tak syok la kalau aku bagitau di sini. Tapi memang best, lagi-lagi kalau ko nak tengok Jack Nicholson dengan rambut yang masih lebat dan hitam.
Akhir sekali, dah lama aku tak cerita pasal Newcastle. Aku nak cakap bahawa Souness wajib dipecat hari tu, aku nak cakap bahawa walaupun Alan Shearer idolaku, namun kekadang dia nampak macam bagasi tambahan (excess baggage) di atas padang. Aku juga nak cakap bahawa aku harap Martin O'Neill akan mengambilalih nanti, takpun Guus Hiddink. Kerana aku tak nampak orang lain yang akan menamatkan kemarau piala Newcastle nanti. Namun, syabas kepada gandingan Roeder-Shearer yang kini menang 2 dari 2. Harap-harap menang sampai bila-bila nanti. Aku akhiri dengan kata-kata Glenn Roeder sewaktu beliau mula-mula dilantik sebagai caretaker manager:
"Fifty-two thousand supporters turn up every other week to support a team that hasn't won anything for 37 years. I genuinely don't believe that would happen anywhere else in the world. You talk about football being a religion in Argentina and in Brazil and in Italy, but if a team doesn't win, they don't turn up.
And yet 52,000 Geordie supporters will turn up for every home game. It is the best job going."
Aku rasa aku tak perlu terjemah kata-kata itu.
o this message was brought to you by The Narrator @
5:12 PM
o o o o o o o o o o o o o o o o